Anugerah Kecemerlangan Pelajar Langkawi Ke- 6 (A-KAWI)

by / Monday, 08 April 2019 / Published in Corporate Events

Pada 5 April 2019, Pihak Panorama Langkawi Sdn. Bhd. telah memberi sumbangan sebanyak dua buah komputer riba kepada dua orang pelajar cemerlang dari Sekolah Menegah Kebangsaan Tengku Putra. Kedua- dua pelajar tersebut adalah Amisya Binti Ismail dan Asma Binti Nasir yang memperoleh keputusan 4.0 (pointer) dalam peperiksaan STPM Tahun 2018.

Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Ir. Abu Hashim Abd Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Operasi PLSB. Pihak PLSB juga mengucapkan tahniah kepada anak En Amran Ayob kakitangan PLSB, Aimuni Qadirah telah mendapat keputusan cemerlang 3.75 (pointer) dalam peperiksaan STPM Tahun 2018.

TOP
0

Your Cart