LATIHAN SEARCH AND RESCUE (SAR) PANORAMA LANGKAWI SDN BHD 2019

by / Thursday, 18 July 2019 / Published in Press Release

Pada 17 Julai 2019, PLSB telah mengadakan Latihan Search And Rescue (SAR) yang merupakan satu inisiatif bagi memantapkan Emergency Response Team (ERT) PLSB ketika mengahadapi sebarang insiden kecemasan. Latihan SAR ini turu diadakan dengan kerjasama agensi penyelamat di Langkawi supaya bersedia jika mengahadapi sebarang situasi kecemasan terutamanya yang melibatkan sistem kereta kabel.

 

Latihan SAR PLSB 2019 ini melibatkan dua sesi iaitu, sesi Evacuation Drill yang melibatkan 250 orang kakitangan PLSB. Sesi ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengalaman kepada semua kakitangan sekira berlaku kecemasan.

 

Sesi kedua merupakan sesi latihan SAR di Tower 1 yang turut melibatkan agensi-agensi penyelamat di Langkawi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Langkawi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Langkawi, Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi serta Hospital Langkawi.

 

 

TOP
0

Your Cart