Majlis Pelancaran “Ikon” Langkawi SkyCab

by / Wednesday, 04 February 2015 / Published in Corporate Events

Panorama Langkawi Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Lembaga Pembangunan Langkawi telah mengadakan majlis perlantikan ikon Langkawi SkyCab bertempat di Geopark Hotel, Oriental Village. Majlis penyerahan disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Khalid Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi merangkap Pengerusi Panorama Langkawi Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi Sdn Bhd memaklumkan bahawa Ikon Langkawi SkyCab merupakan salah satu program CSR oleh syarikat untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dengan menaja pemain tenis yang terdiri daripada anak jati Pulau Langkawi. Pemain-pemain ini telah menyertai beberapa kejohanan diperingkat dalam dan luar negara.

Adik Mohamad Nabil (16 tahun) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dan adik Muhammad Shamil bin Mazlan (17 tahun) dari Kolej Vokasional Langkawi telah dipilih berdasarkan prestasi dan potensi mereka di arena sukan tenis. Mereka telah menyertai serta memenangi beberapa pertandingan seperti Hatyai International Tennis Championship, Kejohanan Tenis MSSK 2014 , To be number one Tennis International Championship, Langkawi Geopark International Junior Tennis Championship 2014. Pertandingan yang bakal disertai adalah BMW Malaysia National Circuit yang akan berlangsung pada 4 – 9 Februari 2015.

Inisiatif ini dapat meningkatkan motivasi untuk pemain yang terpilih dan diharap akan dapat mengharumkan nama Langkawi di arena sukan tenis antarabangsa.


event_ikon_langkawi_skycab_02

TOP
0

Your Cart