Merdeka Colouring Contest 2019

TERMA & SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA

  • Pertandingan terbuka kepada semua yang berumur 4 hingga 12 tahun dan dipertandingkan mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut (sila bawa bersama MyKid);
      • Kategori A: 4 – 6 tahun (Mewarna sahaja)
      • Kategori B: 7 – 9 tahun (Mewarna sahaja
      • Kategori C: 10 – 12 tahun (Melukis dan mewarna)
  • Peserta dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah/ baju sukan sekolah.
  • Peralatan mewarna adalah tanggungan sendiri.
  • Penganjur akan menyediakan kertas lukisan seperti berikut :
      • Kategori A: Saiz A4 (Bergambar)
      • Kategori B: Saiz A3 (Bergambar)
      • Kategori C: Saiz A3 (Bergambar)
  • Masa mewarna diperuntukkan selama 1 jam untuk Kategori A dan 1 jam 30 minit untuk Kategori B dan C.
  • Ibu bapa/penjaga dilarang sama sekali membantu peserta sama ada dari dalam atau luar kawasan pertandingan.
  • Sekiranya berlaku, penyertaan akan dibatalkan serta-merta.Peserta dikehendaki mendaftar di kaunter pendaftaran yang akan dibuka pada jam 8:00 pagi sehingga 8:30 pagi pada hari pertandingan.
  • Keputusan juri/hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  • Penyertaan yang diterima adalah terhad kepada 700 penyertaan terawal sahaja.
  • Yuran pendaftaran adalah PERCUMA.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh dirujuk kepada, Aziany Amira binti Noor Azman di talian +60 19-3630392 atau di email event@panoramalangkawi.com

TERMA & SYARAT PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM

  • Pertandingan terbuka kepada semua yang berumur 4 hingga 12 tahun.
  • Peserta boleh menggunakan CD atau thumb drive muzik sendiri untuk         persembahan iringan.
  • Peralatan dan pakaian adalah atas tanggungan peserta sendiri.
  • Pakaian beragam mestilah bertemakan “Sayangi Malaysiaku,Malaysia  Bersih”.
  • Kreativiti pakaian yang dipakai dan cara untuk memperagakan akan diambil kira dalam penilaian pemenang pakaian terbaik.
  • Juri berhak memotong markah mana-mana peserta bertanding yang tidak mengikut tema yang ditetapkan.
  • Pertandingan akan berlangsung pada jam 10:30 pagi di pentas utama.
  • Tempoh masa selama 2 minit akan diberikan kepada setiap peserta untuk memperagakan pakaian beragam.
  • Peserta dikehendaki mendaftar di kaunter pendaftaran yang akan dibuka pada jam 8:00 pagi sehingga 10:30 pagi pada hari pertandingan.
  • Keputusan juri/hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.Penyertaan yang diterima adalah yang terawal sahaja.
  • Yuran pendaftaran adalah PERCUMA.
  • Pakaian peragaan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) yang dipotong untuk diperagakan semasa pertandingan.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh dirujuk kepada, Aziany Amira Noor Azman di talian +60 19-3630392 atau di email event@panoramalangkawi.com
TOP
0

Your Cart