Program CSR Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) Bersama Petugas Keselamatan (PDRM dan ATM)

by / Friday, 27 March 2020 / Published in Corporate Events

Pada 27 Mac 2020, PLSB bersama dengan pihak LADA telah melansungkan sebuah program CSR bersama anggota keselamatan (PDRM dan ATM) yang bertempat di Ibu Pejabat Polis Langkawi dan disambut baik oleh Tuan Mohd Iqbal, Ketua Polis Daerah Langkawi serta pasukan keselamatan. Program ini adalah untuk menunjukkan sokongan kepada Kerajaan dalam usaha menangani wabak COVID-19 di negara ini. Atas keprihatinan, PLSB telah menyalurkan bantuan berbentuk sumbangan makanan kepada seramai 110 para petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pasukan keselamatan PDRM dan ATM di Langkawi mulai 26 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Sesi penyampaian sumbangan ini akan disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dengan kehadiran Pemangku Ketua Pegawai Operasi PLSB iaitu En. Ir Abu Hashim bersama 4 orang pegawai syarikat. Harapan pihak syarikat adalah semoga semua pihak terus memainkan peranan masing-masing untuk berhadapan dengan bencana dunia ‘serangan COVID-19’. Dr. Hezri Adnan turut merakamkan ucapan Selamat Hari Polis Kali Ke-213 serta setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan keselamatan Langkawi dan seterusnya mendoakan agar terus diberi kekuatan, kesabaran dan ketenangan untuk menabur bakti kepada masyarakat Langkawi dalam apa jua situasi yang bakal dihadapi.

TOP
0

Your Cart