Program Santuni Asnaf Daerah Langkawi

by / Monday, 02 September 2019 / Published in Press Release

28 Ogos 2019, Program Santuni Asnaf Daerah Langkawi oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah bersama syarikat-syarikat yang terlibat seperti Panorama Langkawi, Langkawi Port, Chenang Clinic, Haji Ismail Group serta agensi-agensi lain.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk melihat sendiri keadaan penerima bantuan bulanan Zakat Negeri Kedah di Langkawi. Sebanyak 10 keluarga asnaf dilawati sepanjang program ini.

Program tersebut turut dihadiri Tuan Syeikh Haji Zakaria Bin Othman Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Tuan Haji Muhamad Arof bin Darus Pegawai Daerah Langkawi.

TOP
0

Your Cart