Sidang Media Pembukaan Semula Langkawi SkyCab

by / Monday, 22 June 2020 / Published in Press Release

Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) telah mengumumkan operasi Langkawi SkyCab dibuka semula secara rasmi kepada para pengungjung mulai 20 Jun 2020. Pembukaan semula operasi Langkawi SkyCab ini juga merupakan salah satu inisiatif yang telah ditetapkan di dalam Pelan Tindakan Pemulihan Ekonomi Langkawi. LADA juga yakin dengan pembukaan semula ikonik ini, mampu mengembalikan semula kerancakan industri pelancongan Langkawi seterusnya memanfaatkan semua lapisan masyarakat di Langkawi.Sempena pembukaan semula operasi Langkawi SkyCab, para pengunjung boleh menikmati promosi “We R Back” yang merangkumi 5 produk dalam 1 harga menarik. Promosi istimewa ini ditawarkan kepada para pengunjung mulai 20 Jun 2020 sehingga 31 Julai 2020.

Bagi memastikan operasi Langkawi SkyCab berjalan lancar selaras dengan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PLSB telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP). Ianya bertindak sebagai kawalan kepada keselamatan dan kesihatan bagi memastikan para pengunjung dapat menikmati percutian bersama keluarga dengan lebih yakin dan selesa.

 

TOP
0

Your Cart