Projek Food Bank Asnaf Care PLSB bersama LADA

by / Friday, 10 April 2020 / Published in Corporate Events

Pada 10 APRIL 2020 Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyampaikan sumbangan bernilai RM31,000.00 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)bagi menjayakan projek Food Bank Asnaf Care untuk 29 buah masjid di sekitar Langkawi.

Projek Food Bank Asnaf Care merupakan inisiatif LZNK yang telah dilancarkan pada 26 Mac 2020 bagi membantu mereka yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dijalankan sejak 18 Mac 2020 yang lalu.

Penyampaian sumbangan ini disampaikan oleh YBhg. Dr. Ahmad Hezri bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB ditemani Pemangku Ketua Pagawai Operasi PLSB Tuan Ir Abu Hashim kepada wakil LZNK iaitu Ustaz Zaidi Bin Azizan Pen. Pengurus Jabatan Zakat Korporat dan Tn. Yusuf bin Ahmad, Pegawai Zakat Daerah Langkawi (PZDL) di Ruang Legar, Pejabat Panorama Langkawi Sdn Bhd.

TOP
0

Your Cart